● DISCLAIMER ●
THIS IS COPYRIGHTED NOVEL. WRITTEN BY AMY (C)2004.
ALL RIGHTS RESERVED }
Little-Miss-Wendy
Powered by
Little-Miss-Wendy
● The Author ●
Aminah
Graduated from NYP.
Dip in Industrial Design.
Design n Writting has been my passion since young.
Catch my other online short stories that i've linked.
I wished that my novels will be published in the future.
InsyaAllah.
Happy Reading! =)
● Marliya Isandra ●
♥ Monday, March 06, 2006♥
Tinggal dua minggu lagi untuk mengambil keputusan peperiksaan GCE O level. Aku sangat gementar mengingati saat-saat akhir itu. Fazilah, kawan karibku mengatakan bahawa beliau bosan duduk di rumah lalu diajaknya aku keluar berjalan-jalan di mana tempat remaja selalu melepak. Di mana lagi kalau bukan di Orchard Road. Terdapat pelbagai tempat membeli belah di sana. Ibuku membenarkan aku pergi dan memberi aku dua keping kertas merah berjumlah dua puluh dolar. Mula-mula aku cuba menolaknya tetapi ibu memaksaku mengambil wang itu untuk perbelanjaanku di sana nanti. Aku memberitahunya bahawa aku masih ada wang saku yang aku simpan sewaktu tamat persekolahan dahulu. Tetapi apakan daya, rezeki jangan ditolak ,nanti kalau mahu...tercari-carilah jawabnya.
Sampai disana , kami berhenti di sebuah kedai berjenama Mango. Kawanku itu memang minat dengan jenama itu. Aku hanya memerhatikan dia berbelanja di kedai yang mewah itu. Dia amat seronok sekali membelek-belek pakaian yang agak moden dan trendy itu. Aku ada juga membelek-belek pakaian yang berada di hadapan mataku itu tetapi tidak terlintas di fikiranku untuk membelinya kerana aku tahu aku tidak cukup wang untuk membayarnya nanti. Akhirnya,Fazilah sudah pun memilih pakaian yang dia mahukan.
"Eh Sandra, kau tak nak beli ke? Cantik tak baju ni?" Fazilah menanyaku sambil mengayakan baju yang dipilihnya tadi ke tubuhnya yang sekeping itu. Hanya Fazilah seorang sahaja yang suka memanggilku dengan nama itu. Dia pernah mengatakan kepadaku yang nama Marliya itu seperti nama neneknya. Jadi dia lebih suka panggil aku Sandra.
"Cantik! Memang padanlah dengan badan kau yang sekeping tu..." aku memerlinya.
"Eh! Yang ni sesuai untuk kau! Mari sini!" kata Zilah sambil menarik lenganku kearah sebuah sudut pakaian yang aku lihat tadi.
"Hah! Tengok ni.... lawakan.Kalau kau pakai lagi lawa." Dia memujiku sambil meletakkan baju itu dihadapanku.
"Eh...apa ni Zilah...aku tak mahulah...! Mana aku tau pakai macam ni...mesti mak aku tak kasi..." aku meletakkan kembali baju itu ditempatnya.Bukan aku tak suka tetapi baju itu terlalu menonjolkan badanku.Aku tak suka kerana sebagai wanita Islam aku mesti menutup auratku.Itulah pengajaran Ustazah Zabedah dahulu. Ibuku juga melarang aku memakai pakaian yang terlalu menonjolkan auratku.
Akhirnya Zilah mengaku kalah.Dia faham kenapa aku menolaknya.Padanya, Marliya Isandra memang wanita yang suci dan teguh pada agama bukan sepertinya yang tidak pernah ke madrasah dalam sepanjang hidupnya.Walaupun Maria ada kacukan orang mat saleh tapi dia tidak pernah bersikap seperti mereka. Dia tidak tahu apa yang bakal dia bawa untuk Akhirat nanti.Tetapi sedikit demi sedikit Fazilah cuba untuk bertaubat kepada Tuhan Yang Maha Esa. Marliya juga pernah mengajarnya sedikit sebanyak tentang ilmu agama.
Selepas penat memilih baju , mereka merancang untuk mengisi perut yang sudah pun bermain keroncong.Apatah lagi perut Fazilah yang suka bermain lagu rock.Mereka mendapatkan meja kosong di restaurant makanan segera itu.Mujurlah pada masa itu tidak ramai pengunjung datang makan disitu. Kerana waktu-waktu begini ramai yang sedang bekerja di pejabat, belum lagi masanya untuk makan tengahari. Aku memesan satu hidangan Mc Chicken Fillet dan Ice-cream Cone. Ah! Puas sudah perut kami menikmati hidangan itu. Alhamdullilah. Fazilah tiba-tiba mengadu sakit perut.
"Hey Sandra, kau tunggu kejap eh. Aku nak pergi buang air besar kejap." Dahinya berkerut menahan kesakitan di perutnya itu.
"Tulah! Lain kali nak makan baca Bismillah dulu. Aku nampak kau main masukkan aja burger tu dalam mulut." Aku mencoletehinya.
"Yelah!" Akhirnya dia mengalah dan terus menuju ke tandas di dalam restoran itu. Sambil menunggunya, aku mengeluarkan novel yang aku bawa bersamaku tadi. Kau Yang Satu yang ditulis oleh Nia Azalea. Aku memang tidak suka membuang waktuku dengan termenung sahaja kerana setiap detik adalah berharga bagiku. Sudah hampir setengah buku aku baca. Ceritanya sungguh menarik. Sebab itulah aku asyik membacanya untuk mengetahui hal mereka yang seterusnya.
"Eh! Awak ni Marliya kan?" tanya seorang pemuda yang berpakaian seragam Mc' Donalds itu. Tidak sempat aku nak membaca,dia ni pula datang menyibuk. Aku mendongak supaya dapat melihat siapakah gerangan yang menyapaku tadi. Bederau hatiku apabila melihatnya.
"Kau Iskandar! Aku ingatkan siapalah tadi.Kau buat apa kat sini?" Aku menanyanya, ghairah.
"Aku kerjalah! Takkan shopping kut." dia memperliku.
"Oh! Jadi kau kerja kat sini rupanya.Dah berapa lama?" Aku menanyanya lagi seolah-olah aku berminat untuk mengetahui halnya.
"Dah lama juga. Dalam sebulan gitulah. Abih yang kau ni buat apa kat sini?" Dia menanyaku pula apabila memperhatikan aku dengan beg-beg plastik yang berisi baju yang dibeli tadi.
"Oh, aku pergi shopping dengan Fazilah. Dia yang beria-ia sangat nak ajak aku pergi jalan-jalan. Dia kata bosan duduk kat rumah tu." Aku memberitahunya.
"Cakap pasal mulut murai tu, aku tak nampak pun batang hidung dia?Mana dia pergi?" Dia menoleh kekanan dan kekiri mencari kelibat Fazilah. Aku ketawa mendengar Iskandar memanggilnya mulut murai. Memang di sekolah, kami menggelarnya mulut murai kerana mulutnya yang tak tahu senyap itu. Sebelum sempat aku memberitahunya yang dia ke bilik air, Fazilah sudah pun keluar dari tempat itu.
"Tu dia." Aku mencebirkan mulutku kearah Fazilah yang sedang berjalan kearah kami. Dia melemparkan senyuman manisnya kepada Iskandar.
"Is? Apa you buat kat sini?" Zilah menanyanya dengan soalan yang sama yang aku tanyakan tadi.
"Aku kerjalah apa lagi. Eh! Asyik melayan korang aja nanti kerja aku tak habis, aku tak boleh balik karang...Aku pergi dulu eh! Senang-senang nanti kita jumpa lagilah." Dia memberitahu kami lalu menyambung semula kerjanya.
Sepi sahaja disepanjang perjalanan pulang ke rumah. Apa taknya, Zilah sudah berdengkur di sebelahku. Dia kelihatan penat membeli-belah tadi. Entah berapa banyak baju yang dibelinya tadi pun aku tak tahu. Entah-entah almari dalam biliknya tu dah penuh dengan baju-baju yang dibelanjanya di butik mewah. Aku memang kenal sangat dengan perangai Fazilah ni. Dia suka berbelanja yang bukan-bukan. Akhirnya baju-baju yang tidak dipakainya walaupun masih baru akan dijualkannya kepada apek karung guni. Apek karung guni tu juga yang untung.
Hmm...tiada siapa yang hendak ku ajak berbual. Tiba-tiba aku teringatkan masa zaman sekolahku dahulu. Ramai kawan-kawanku yang suka mengusik aku. Mereka suka “match-make” kan aku dengan Iskandar tu. Mereka kata aku dengan dia sepadan. Sebab nama kami pun dekat-dekat. Isandra dan Iskandar. Hai..ada-ada sahaja mereka ni. Tapi aku selalu buat dek jer. Tapi memang tidak dinafikan. Iskandar tu pun apa kurangnya. Dia mempunyai kacukan orang serani. Orangnya pun handsome. Hehehe...memang dulu aku pernah ada crush dengan dia tapi sejak aku ketahui yang dia dah ada makwe, aku patah hati. Terlepas peluang aku. Hahaha...cinta remajalah katakan.
Tapi aku tidak merasa kerugian sebab satu pergi, lagi satu yang datang. Herman Andrika. Dia tu ada lah campur orang jawa sikit. Tapi sejak aku kenal dengan dia tidak pernah aku dengar dia bertutur dalam loghat Jawa. Hmm...dia boleh dikatakan bijak. Dalam Bahasa Melayu, tiada siapa yang boleh lawan dia. Aku sendiri pun pernah cuba. Tapi setakat dapat nombor dua dalam kelas tu bolehlah. Tapi aku tidak pasti apakah kami ada perhubungan rapat selama ini. Yang aku tahu, kami cuma sahabat yang paling rapat. Apa orang putih tu cakap, Bestfriend.
“Oi...cik kak...termenung jauh nampak? Tak nak turun ke?“ tiba-tiba Zilah menegurku.
“Hah! Oh hehe...” aku terperanjat lalu memberinya senyuman sumbing. Bila masa pulak dia ni bangun. Aku ni pun satu. Termenung jauh sampai tak sedar yang kami dah pun sampai.
XXXXX
BACK TO TOP
● OTHERS ●
● LINKS & AFFILIATES ●
♥ So Yesterday
January 2006
February 2006
March 2006
Bikash Nur Idris
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Damya Hanna
Lily Suriani
Mimie Afinie
Nia Azalea
Sri Diah
DSM2
Harapan Nadia Adrina
● CREDITS ●
Powered by
Little-Miss-Wendy
PROFILE
ENTRY
MISC
LINKS