● DISCLAIMER ●
THIS IS COPYRIGHTED NOVEL. WRITTEN BY AMY (C)2004.
ALL RIGHTS RESERVED }
Little-Miss-Wendy
Powered by
Little-Miss-Wendy
● The Author ●
Aminah
Graduated from NYP.
Dip in Industrial Design.
Design n Writting has been my passion since young.
Catch my other online short stories that i've linked.
I wished that my novels will be published in the future.
InsyaAllah.
Happy Reading! =)
● Marliya Isandra ●
♥ Wednesday, February 22, 2006♥
Keesokkan harinya, ayah kandungku dan keluarganya sampai di tempat kediaman kami. Aku seolah-olah menemui orang asing yang tidak pernah aku lihat selama ini. Walaupun aku mempunyai gambar ayah sewaktu dia muda-muda dahulu tetapi kini dia sudah jauh berubah. Dia kelihatan lebih tua daripada umurnya.Mereka sekeluarga berbangsa Australia tetapi ayahku pandai berkomunikasi dengan menggunakan bahasa ibundaku. Aku kagum melihat keupayaannya tetapi di dalam lubuk hatiku, aku seolah-olah membencinya dan tidak dapat menerimanya sebagai ayah kandungku.
Fikiranku sering bermain dengan tanda tanya. Mengapa sekarang baru dia mahu mengambilku kembali bersamanya? Mengapa tidak membawaku bersamanya setelah mama meninggalkan aku sebelum sempat aku mengenalinya. Aku amat rindu terhadapnya. Mengapa ini semua berlaku di dalam hidupku. Aku tidak ingin bersamanya walaupun aku mempunyai darah dagingnya.
Apabila aku melihat seorang gadis dan seorang wanita yang berkulit putih salju itu, kebencianku terhadapnya semakin meluap-luap didadaku. Perasaan menyampah meliputi diriku apabila melihat perempuan mat saleh itu melihat-lihat kediamanku yang seakan tidak sempurna di matanya yang biru itu. Aku sungguh tidak cemburu dengan gadis yang ayu itu kerana aku juga mempunyai kulit yang putih cuma cuaca di Singapura yang panas ini membuatkan kulit aku menjadi gelap sedikit. Apakah mereka berdua ini ada kena mengena dengan ayahku?
"Marliya...kamu tidak mahu bersalaman dengan ayah ke? Marilah kesini anakku..." ayah memanggilku dengan manja. Walaupun aku membencinya aku tetap hormat akan orang tuaku. Aku terus bersalaman dengannya dan ahli keluarganya yang meluat itu.
"Hi, Marliya! My name is Natasha Sabrina. Nice to meet you sis." Dia berkata dengan loghat inggerisnya sambil menghulurkan tangannya kepadaku. Natasha Sabrina, sedap juga nama itu, bisik hatiku.
"Hi! Nice to meet you too..." aku menjawab selamba sambil menyambut salamannya dengan sopan.
Kemudian aku bersalaman dengan wanita berbadan agak langsing itu. Dari tadi dia asyik mengipas-ngipas dirinya yang tidak berpeluh itu. Belum sempat aku mencium tangannya, dia telah melepaskannya. Dia seolah-olah membenciku. Hatiku bagaikan dicucuk-cucuk dengan jarum yang tajam melihat kelakuannya itu. Hatiku berbisik, "Panas sangat ke dia ni. Padahal rumah aku ni pun ada air-con. Kang aku angkat masuk dalam peti ais baru tahu. Menyampah!"
"Ayah minta maaf Marliya. Ayah tahu Marliya tidak akan dapat menerima ayah kembali setelah lama kita tidak bertemu. Ayah sungguh menyesal dengan tindakan ayah ini. Ayah harap kamu dapat memaafkan kesalahan ayah.." dia merayu.
Maaf? Setakat maaf sahaja? Selama enam belas tahun aku tidak dibelai manja olehnya dan sekarang dengan sewenang-wenangnya dia mahu aku memaafkannya. Melihatkan keluarga tiriku itu juga sudah cukup membuatkan aku jelik. Tidak tahu bagaimana nanti, jika aku hidup denganmu nanti ayah!
"Sebenarnya, sebelum ayah mengahwini mamamu, ayah telah pun berkahwin dengan Aunty Ashley mu terlebih dahulu. Ayah berkenalan dengan ibumu sewaktu ayah mempunyai tugas penting disini selama empat tahun. Sebagai seorang setiausaha ayah yang patuh dan kesopanannyalah yang membuatkan ayah tertarik pada mamamu." Dia mulai ceritakan apa yang telah berlaku tujuh belas tahun dahulu.
Ibuku sedang sibuk di dapur menyiapkan hidangan ringan untuk tetamu yang datang dari jauh itu. Dia memang sengaja meninggalkan aku di ruang tamu bersama mereka kerana dia tidak mahu menganggu kami. Inilah kali pertamanya aku bertemu dengan mereka. Tetapi aku berasa tidak selesa kerana mereka bagaikan orang asing yang datang untuk menyewa bilikku.
"Kemudian setelah dua tahun ayah berkahwin dengannya, kami mendapat seorang cahaya mata iaitu kamu, Marliya. Suatu hari, mamamu pergi
scanning
. Kami terperanjat kerana mamamu mengandungkan sepasang kembar. Tetapi malangnya, mama dan adikmu tidak dapat diselamatkan ketika dia melahirkan kamu. Keadaan mamamu amatlah kritikal tatkala itu. Ayah begitu terharu dan saat itu ayah seakan membencimu. Sebab itu ayah menyuruh Mak Cik Aisyah menjagamu sehingga kamu dewasa. Ayah bertekad untuk pulang kepangkuan keluarga yang berada di Australia sambil membawa diri setelah kematian isteri yang amat ayah sayangi. Ayah betul-betul minta ampun darimu, Marliya." Dia menyambung ceritanya.
Kelihatan air mata jernih melimpah ruah di pipinya. Aku meluru untuk mendakapnya buat pertama kali di dalam hidupku. Saat itu barulah aku memahami keadaan yang sebenarnya. Aku sudah dapat memaafkannya. Tetapi mengapakah ayah membenciku sampai bertahun-tahun lamanya. Mengapa baru sekarang ayah datang membawaku kembali disisimu ayah? Hatiku ingin mendapatkan kepastian.
XXXXX
BACK TO TOP
● OTHERS ●
● LINKS & AFFILIATES ●
♥ So Yesterday
January 2006
February 2006
March 2006
Bikash Nur Idris
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Damya Hanna
Lily Suriani
Mimie Afinie
Nia Azalea
Sri Diah
DSM2
Harapan Nadia Adrina
● CREDITS ●
Powered by
Little-Miss-Wendy
PROFILE
ENTRY
MISC
LINKS