MARLIYA ISANDRA
Marliya Isandra adalah seorang gadis kacukan melayu dan belanda yang menerima banyak dugaan dalam hidupnya. Sejak dia masih bayi lagi, ibunya sudah meninggal dunia dan dia terpaksa dijaga oleh makciknya yang tinggal di Singapura kerana ayahnya tidak dapat menerima keadaan dan dia juga terpaksa meninggalkan anaknya itu buat sementara waktu kerana dia mempunyai kerja di luar negeri. Dan rahsia ayahnya akhirnya diketahuinya apabila mereka datang ke Singapura untuk mengambil Marliya Isandra ke pangkuannya.
Marliya Isandra juga mempunyai banyak dugaan dalam alam percintaannya dengan seorang jejaka yang sudah dianggap sebagai abang kandungnya sendiri. Namun disebalik hati, Marliya menyimpan seribu perasaan terhadap jejaka yang bernama Herman itu. Tetapi cerita ini tergantung sebab saya tak tahu bagaimana hendak menyambung cerita dia. Jadi saya minta pertolongan anda untuk memberi saya idea atau saranan apa yang harus saya tulis. Bantuan anda amat saya hargai.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA NOVEL SAYA.
SEKIAN.
AMINAH a.k.a AMY
XXXXX
BACK TO TOP