● DISCLAIMER ●
THIS IS COPYRIGHTED NOVEL. WRITTEN BY AMY (C)2004.
ALL RIGHTS RESERVED }
Little-Miss-Wendy
Powered by
Little-Miss-Wendy
● The Author ●
Aminah
Graduated from NYP.
Dip in Industrial Design.
Design n Writting has been my passion since young.
Catch my other online short stories that i've linked.
I wished that my novels will be published in the future.
InsyaAllah.
Happy Reading! =)
● Marliya Isandra ●
♥ Wednesday, January 11, 2006♥
Sudah hampir seminggu mereka menetap di Singapura. Mereka menempah sebuah bilik di Raffles Hotel buat sementara waktu kerana ayahku mahu mengambilku pulang selepas aku ketahui keputusanku. Aku tahu ibu tiriku itu tidak suka tinggal di rumah aku. Tetapi lagi bagus kalau dia tidak tinggal bersamaku. Aku hairan mengapa dia membenciku walhal anaknya yang satu itu sungguh ramah dan baik kepadaku.
Menurut kakakku, dia datang bersama ayah kerana dia ingin melihat Singapura negeri yang paling kecil di Asia ini yang pernah diceritakan oleh ayah sewaktu dia kecil dahulu. Mereka datang kesini pun bertujuan hendak melancong di serata Singapura. Ayah bercadang hendak membawa mereka melihat Merlion yang terletak di Sentosa itu. Ayah pun sudah lebih mengenali Singapura tetapi dia tidak tahu bahawa Singapura sudah jauh berbeza dari apa yang dilihatnya 20 tahun yang dahulu. Mereka ada mengajakku sekali tetapi aku menolaknya dengan baik dengan alasan aku hendak menemani ibukku yang keseorangan. Mereka faham akan maksudku itu.
Suatu hari itu aku mengambil peluang terakhir sebelum aku berangkat ke Australia bersama ayah, menemui Herman yang sudah lama tidak dengar khabar. Dengar kata, dia sedang bekerja di restaurant Pizza Hut setelah lama dia berhenti kerja di pejabat post. Aku kagum melihat mereka sekeluarga yang rajin mencari nafkah. Jadi pada hari itu aku menemui Herman di tempat kerjanya.
"Sudah lama Man bekerja disini?" Aku mulai perbualan kami setelah lama membisu.
"Agak lama juga.Marliya pula bagaimana? Tidak cari kerja tolong Makcik Aisyah?" dia menyanyaku. Herman memang selalu mengambil berat tentang hal orang lain. Itu yang membuat aku suka padanya.
"Ya..Liya bekerja di sebuah butik." Aku membohonginya. Aku sengaja menipunya kerana aku tidak mahu dia menganggap aku seorang yang pemalas. Sebenarnya ibu yang melarang aku mencari pekerjaan kerana dia gelisah jika aku berada diluar keseorangan. Fikiranku sekarang sedang berserabut kerana aku tidak tahu sama ada aku hendak memberitahunya atau tidak tentang hajatku kesana.
“ Herman..” aku cuba memulakan bicara tetapi tiba-tiba kedengaran majikannya memanggilnya.
“Herman!”
"Ya! Nanti saya datang!" dia menjawab.
"Marliya aku rasa lebih baik kita bual pada lain masa ajalah ya? Aku tengah sibuk ni..." dia memberitahuku lalu beredar untuk membuat pekerjaannya. Aku mengangguk lalu beredar dari situ. Nampaknya tidak sempatlah aku hendak memberitahunya tentang hal yang sebenarnya. Aku rasa lebih baik aku memberitahu ibunya sahajalah.
Pada petang berikutnya aku bertandang ke kediaman Herman. Apabila aku sampai di pagar rumahnya, aku ternampak Cik Noraini sedang sibuk menyiram pokok bunga kesayangannya itu. Aku menyapanya lalu Cik Noraini menoleh kearahku lalu membuka pintu pagar. Kami bersalaman lalu aku menjejakkan kakiku ke dalam mahligai yang indah itu.
"Mimpi apa yang membuatkan Liya datang disini?" dia menanyaku .
Aku memang jarang datang ke rumahnya kecuali jika dijemput Herman untuk makan petang bersamanya ataupun sekadar membuat kerja sekolah bersama. Sejak mengambil keputusan peperiksaan, aku jarang datang kerumahnya.
"Liya datang ni sebab ada hajat kecil aja Mummy." Aku memberitahunya.
"Lain macam aja bunyinya. Ada apa sebenarnya ni?" dia sudah dapat mengagak akan apa yang aku katakan nanti.
"Liya akan berasa sunyi nanti Mummy sebab nanti kita akan berjauhan tidak lama lagi. Liya akan sentiasa merinduimu, Mummy." Aku tetap merahsiakannya. Aku memeluknya erat sepertinya dia ibu kandungku.
"Apa maksud Liya? Berjauhan? Berterus teranglah sayang, apa sebenarnya yang Liya ingin sampaikan kepada Mummy?" dia bingung.
Aku tidak mahu menyimpannya lagi lalu hatiku terbuka untuk memberitahu segala-galanya. Setelah meluahkan segala perasaanku, dia memelukku dengan lebih erat lagi lalu menciumku di dahi. Aku dapat rasakan kasih sayangnya terhadapku. Kemudian aku minta diri kerana aku perlu mengemas pakaianku.Sebelum aku beredar pulang aku memberinya seutus surat untuk Herman. Aku memberi salam lalu mengorak langkah keluar dari mahligai itu untuk kali yang terakhir.
XXXXX
BACK TO TOP
● OTHERS ●
● LINKS & AFFILIATES ●
♥ So Yesterday
January 2006
February 2006
March 2006
Bikash Nur Idris
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Damya Hanna
Lily Suriani
Mimie Afinie
Nia Azalea
Sri Diah
DSM2
Harapan Nadia Adrina
● CREDITS ●
Powered by
Little-Miss-Wendy
PROFILE
ENTRY
MISC
LINKS