● DISCLAIMER ●
THIS IS COPYRIGHTED NOVEL. WRITTEN BY AMY (C)2004.
ALL RIGHTS RESERVED }
Little-Miss-Wendy
Powered by
Little-Miss-Wendy
● The Author ●
Aminah
Graduated from NYP.
Dip in Industrial Design.
Design n Writting has been my passion since young.
Catch my other online short stories that i've linked.
I wished that my novels will be published in the future.
InsyaAllah.
Happy Reading! =)
● Marliya Isandra ●
♥ Monday, March 06, 2006♥
Sudah dua tahun aku menetap di negeri orang. Badanku juga sudah serasi dengan cuaca yang dingin di sini. Aku berasa selesa berada di sini walaupun masih banyak yang aku tidak tahu tentang negeri ini. Aku di sini juga atas sebab-sebab keluarga. Aku tidak keseorangan di sini malah aku mempunyai sebuah keluarga yang sememangnya lahir di sini. Namun begitu, aku terasa diriku sebagai orang asing sedangkan aku adalah dari darah daging mereka. Aku berasa sunyi dan sepi semenjak beberapa hari ini. Terasa rindu terpahat dihati. Terkenangkan orang jauh yang disayangi.
Apakah mereka masih teringatkan aku? Ataupun mereka sudah lupakan aku? Oh , ibu! Aku sangat rindu padamu. Kalau sememangnya aku mempunyai sepasang sayap, hendak sahaja aku terbang kesana mendakap tubuhmu. Aku sudah tidak tahan lagi tinggal di sini. Aku bagaikan orang gaji di rumah yang besar dan mewah ini. Namun apa adanya jikalau rumah sebesar istana tapi kasih sayang tidak pernah diluahkan kepadaku. Aku rasa terlalu sunyi di sini. Itupun aku ditemani oleh pembantu rumahku, Sofea. Dia yang telah banyak meluangkan masanya bersamaku di rumah ini. Rasa sedihku dibawa bersama kenangan manisku sewaktu aku di sana bersama ibu yang ku sayangi...
XXXXX
BACK TO TOP
♥ ♥
Angin sepoi-sepoi meniup laju ke dalam kamarku. Aku memandang ke luar jendela. Kelihatan anak-anak kecil sedang riang bermain di taman permainan yang terletak tidak jauh daripada rumahku. Rasa terhibur hatiku apabila melihat gelagat mereka masing-masing. Alangkah seronoknya jika aku masih kecil seperti mereka. Terasa amat cepat masa berlalu. Aku mengalihkan pandanganku pada sepasang remaja yang sedang berbual mesra di bawah pohonan yang rendang. Mereka teringatkan aku tentang masa silamku bersama Herman, kawan sekelasku semasa kami dalam menengah empat. Masa itu kami baru menamatkan peperiksaan GCE peringkat 'O'.Aku teringat kembali kisah silamku sebelum aku datang ke negeri di mana tumpahnya darah ayah kandungku.
"Selepas ni.. apa yang Herman nak buat?" tanyaku.
"Selepas ni Man nak baliklah..." jawabnya selamba.
Begitulah sikapnya. Kadang-kala sakit hati juga mendengar loyar buruknya yang tidak bertempat itu. Tetapi aku simpati dengannya kerana aku tahu bahawa dia adalah anak tunggal kepada pemilik Butik Andrika, Puan Noraini. Dia tidak mempunyai sesiapa lagi di dalam hidupnya melainkan ibunya termasuklah aku. Bapanya sudah lama meninggal dunia akibat barah jantung yang dihadapinya.Padanya, akulah tempat dia meluahkan segala masalahnya. Sebagai kawan rapat, aku tidak pernah melukai perasaannya. Walaupun dia anak keturunan orang berada, sifat keangkuhan tidak pernah terluah dari segi tutur katanya. Dia seorang yang mengambil berat malah loyar buruk juga.
"Tak... Maksud Liya lepas 'O' level nanti Man nak buat apa?" aku menanyanya sekali lagi sambil tersenyum geli hati.
“ Man rasa nak meminang seorang gadis ayu yang berada di depan mata Man sekarang nilah.." dia mengenyeh.
"Ish... Man ni..orang serius dia main-main pulak..." aku merajuk.
"Alah...takkan bergurau pun tak boleh." dia tersenyum manja.
"Okeylah...nanti orang tu merajuk lagi...susah pulak nak dipujuk..." dia menggiat. Aku menarik muka masam.
" Man ingat nak tolong mummylah. Kesian kat dia. Siang malam kerja kat butik tu.Sebagai satu-satu anaknya I tidak patut mengabaikan tanggungjawab I." Terangnya panjang lebar.
"Yelah tu...bila masa pulak you ni jadi lecturer ?" aku menyindir.
"Hai tadi iye-iye sangat nak tahu. Dah bagi tahu, tak percaya kat kita pulak." dia berseloroh.Aku tersenyum melihat gelagatnya. Aku pula berhajat sangat hendak ke luar negara. Aku naik bosan asyik duduk di negeri sendiri. Terasa cemburu juga aku apabila hari cuti, kawan-kawanku selalu menceritakan tentang pengalaman mereka di luar negara. Aku ingin juga rasa salju di negeri orang.Namun pada suatu masa nanti tentu aku juga berpeluang ke negeri orang. Aku tahu aku bukannya daripada keluarga yang berada tetapi aku bersyukur kehadarat Illahi kerana kami sekeluarga tidak pernah kebulur atau hidup dalam kepanasan dan kesejukkan.
XXXXX
BACK TO TOP
♥ ♥
Tinggal dua minggu lagi untuk mengambil keputusan peperiksaan GCE O level. Aku sangat gementar mengingati saat-saat akhir itu. Fazilah, kawan karibku mengatakan bahawa beliau bosan duduk di rumah lalu diajaknya aku keluar berjalan-jalan di mana tempat remaja selalu melepak. Di mana lagi kalau bukan di Orchard Road. Terdapat pelbagai tempat membeli belah di sana. Ibuku membenarkan aku pergi dan memberi aku dua keping kertas merah berjumlah dua puluh dolar. Mula-mula aku cuba menolaknya tetapi ibu memaksaku mengambil wang itu untuk perbelanjaanku di sana nanti. Aku memberitahunya bahawa aku masih ada wang saku yang aku simpan sewaktu tamat persekolahan dahulu. Tetapi apakan daya, rezeki jangan ditolak ,nanti kalau mahu...tercari-carilah jawabnya.
Sampai disana , kami berhenti di sebuah kedai berjenama Mango. Kawanku itu memang minat dengan jenama itu. Aku hanya memerhatikan dia berbelanja di kedai yang mewah itu. Dia amat seronok sekali membelek-belek pakaian yang agak moden dan trendy itu. Aku ada juga membelek-belek pakaian yang berada di hadapan mataku itu tetapi tidak terlintas di fikiranku untuk membelinya kerana aku tahu aku tidak cukup wang untuk membayarnya nanti. Akhirnya,Fazilah sudah pun memilih pakaian yang dia mahukan.
"Eh Sandra, kau tak nak beli ke? Cantik tak baju ni?" Fazilah menanyaku sambil mengayakan baju yang dipilihnya tadi ke tubuhnya yang sekeping itu. Hanya Fazilah seorang sahaja yang suka memanggilku dengan nama itu. Dia pernah mengatakan kepadaku yang nama Marliya itu seperti nama neneknya. Jadi dia lebih suka panggil aku Sandra.
"Cantik! Memang padanlah dengan badan kau yang sekeping tu..." aku memerlinya.
"Eh! Yang ni sesuai untuk kau! Mari sini!" kata Zilah sambil menarik lenganku kearah sebuah sudut pakaian yang aku lihat tadi.
"Hah! Tengok ni.... lawakan.Kalau kau pakai lagi lawa." Dia memujiku sambil meletakkan baju itu dihadapanku.
"Eh...apa ni Zilah...aku tak mahulah...! Mana aku tau pakai macam ni...mesti mak aku tak kasi..." aku meletakkan kembali baju itu ditempatnya.Bukan aku tak suka tetapi baju itu terlalu menonjolkan badanku.Aku tak suka kerana sebagai wanita Islam aku mesti menutup auratku.Itulah pengajaran Ustazah Zabedah dahulu. Ibuku juga melarang aku memakai pakaian yang terlalu menonjolkan auratku.
Akhirnya Zilah mengaku kalah.Dia faham kenapa aku menolaknya.Padanya, Marliya Isandra memang wanita yang suci dan teguh pada agama bukan sepertinya yang tidak pernah ke madrasah dalam sepanjang hidupnya.Walaupun Maria ada kacukan orang mat saleh tapi dia tidak pernah bersikap seperti mereka. Dia tidak tahu apa yang bakal dia bawa untuk Akhirat nanti.Tetapi sedikit demi sedikit Fazilah cuba untuk bertaubat kepada Tuhan Yang Maha Esa. Marliya juga pernah mengajarnya sedikit sebanyak tentang ilmu agama.
Selepas penat memilih baju , mereka merancang untuk mengisi perut yang sudah pun bermain keroncong.Apatah lagi perut Fazilah yang suka bermain lagu rock.Mereka mendapatkan meja kosong di restaurant makanan segera itu.Mujurlah pada masa itu tidak ramai pengunjung datang makan disitu. Kerana waktu-waktu begini ramai yang sedang bekerja di pejabat, belum lagi masanya untuk makan tengahari. Aku memesan satu hidangan Mc Chicken Fillet dan Ice-cream Cone. Ah! Puas sudah perut kami menikmati hidangan itu. Alhamdullilah. Fazilah tiba-tiba mengadu sakit perut.
"Hey Sandra, kau tunggu kejap eh. Aku nak pergi buang air besar kejap." Dahinya berkerut menahan kesakitan di perutnya itu.
"Tulah! Lain kali nak makan baca Bismillah dulu. Aku nampak kau main masukkan aja burger tu dalam mulut." Aku mencoletehinya.
"Yelah!" Akhirnya dia mengalah dan terus menuju ke tandas di dalam restoran itu. Sambil menunggunya, aku mengeluarkan novel yang aku bawa bersamaku tadi. Kau Yang Satu yang ditulis oleh Nia Azalea. Aku memang tidak suka membuang waktuku dengan termenung sahaja kerana setiap detik adalah berharga bagiku. Sudah hampir setengah buku aku baca. Ceritanya sungguh menarik. Sebab itulah aku asyik membacanya untuk mengetahui hal mereka yang seterusnya.
"Eh! Awak ni Marliya kan?" tanya seorang pemuda yang berpakaian seragam Mc' Donalds itu. Tidak sempat aku nak membaca,dia ni pula datang menyibuk. Aku mendongak supaya dapat melihat siapakah gerangan yang menyapaku tadi. Bederau hatiku apabila melihatnya.
"Kau Iskandar! Aku ingatkan siapalah tadi.Kau buat apa kat sini?" Aku menanyanya, ghairah.
"Aku kerjalah! Takkan shopping kut." dia memperliku.
"Oh! Jadi kau kerja kat sini rupanya.Dah berapa lama?" Aku menanyanya lagi seolah-olah aku berminat untuk mengetahui halnya.
"Dah lama juga. Dalam sebulan gitulah. Abih yang kau ni buat apa kat sini?" Dia menanyaku pula apabila memperhatikan aku dengan beg-beg plastik yang berisi baju yang dibeli tadi.
"Oh, aku pergi shopping dengan Fazilah. Dia yang beria-ia sangat nak ajak aku pergi jalan-jalan. Dia kata bosan duduk kat rumah tu." Aku memberitahunya.
"Cakap pasal mulut murai tu, aku tak nampak pun batang hidung dia?Mana dia pergi?" Dia menoleh kekanan dan kekiri mencari kelibat Fazilah. Aku ketawa mendengar Iskandar memanggilnya mulut murai. Memang di sekolah, kami menggelarnya mulut murai kerana mulutnya yang tak tahu senyap itu. Sebelum sempat aku memberitahunya yang dia ke bilik air, Fazilah sudah pun keluar dari tempat itu.
"Tu dia." Aku mencebirkan mulutku kearah Fazilah yang sedang berjalan kearah kami. Dia melemparkan senyuman manisnya kepada Iskandar.
"Is? Apa you buat kat sini?" Zilah menanyanya dengan soalan yang sama yang aku tanyakan tadi.
"Aku kerjalah apa lagi. Eh! Asyik melayan korang aja nanti kerja aku tak habis, aku tak boleh balik karang...Aku pergi dulu eh! Senang-senang nanti kita jumpa lagilah." Dia memberitahu kami lalu menyambung semula kerjanya.
Sepi sahaja disepanjang perjalanan pulang ke rumah. Apa taknya, Zilah sudah berdengkur di sebelahku. Dia kelihatan penat membeli-belah tadi. Entah berapa banyak baju yang dibelinya tadi pun aku tak tahu. Entah-entah almari dalam biliknya tu dah penuh dengan baju-baju yang dibelanjanya di butik mewah. Aku memang kenal sangat dengan perangai Fazilah ni. Dia suka berbelanja yang bukan-bukan. Akhirnya baju-baju yang tidak dipakainya walaupun masih baru akan dijualkannya kepada apek karung guni. Apek karung guni tu juga yang untung.
Hmm...tiada siapa yang hendak ku ajak berbual. Tiba-tiba aku teringatkan masa zaman sekolahku dahulu. Ramai kawan-kawanku yang suka mengusik aku. Mereka suka “match-make” kan aku dengan Iskandar tu. Mereka kata aku dengan dia sepadan. Sebab nama kami pun dekat-dekat. Isandra dan Iskandar. Hai..ada-ada sahaja mereka ni. Tapi aku selalu buat dek jer. Tapi memang tidak dinafikan. Iskandar tu pun apa kurangnya. Dia mempunyai kacukan orang serani. Orangnya pun handsome. Hehehe...memang dulu aku pernah ada crush dengan dia tapi sejak aku ketahui yang dia dah ada makwe, aku patah hati. Terlepas peluang aku. Hahaha...cinta remajalah katakan.
Tapi aku tidak merasa kerugian sebab satu pergi, lagi satu yang datang. Herman Andrika. Dia tu ada lah campur orang jawa sikit. Tapi sejak aku kenal dengan dia tidak pernah aku dengar dia bertutur dalam loghat Jawa. Hmm...dia boleh dikatakan bijak. Dalam Bahasa Melayu, tiada siapa yang boleh lawan dia. Aku sendiri pun pernah cuba. Tapi setakat dapat nombor dua dalam kelas tu bolehlah. Tapi aku tidak pasti apakah kami ada perhubungan rapat selama ini. Yang aku tahu, kami cuma sahabat yang paling rapat. Apa orang putih tu cakap, Bestfriend.
“Oi...cik kak...termenung jauh nampak? Tak nak turun ke?“ tiba-tiba Zilah menegurku.
“Hah! Oh hehe...” aku terperanjat lalu memberinya senyuman sumbing. Bila masa pulak dia ni bangun. Aku ni pun satu. Termenung jauh sampai tak sedar yang kami dah pun sampai.
XXXXX
BACK TO TOP
♥ ♥
Herman baru sahaja pulang dari kerja. Sudah sebulan dia bekerja di Post Office, tolong letakkan surat-surat di tempat masing-masing. Dia tidak tahu pun yang hari ini ada tetamu yang datang dari jauh untuk menghabiskan cuti bersama keluarganya. Sepupunya yang tinggal di Sabah itu baru sampai di Singapura petang tadi. Kedatangannya itu amat mengejutkan kerana dia tidak diberitahu atau mungkin dia tidak berapa dengar sewaktu ibunya memberitahu tentang kehadiran sepupunya itu. Herman disambut dengan salaman dan senyuman manis dari sepupunya yang berkulit putih gebu itu. Dia juga amat manis jika tersenyum.
"Siapa ni mummy?" dia membisikkan ke telinga mamanya sambil melabuhkan punggungnya ke sofa yang empuk itu.
"Nilah sepupu kau, Farissa Satiyyah. Diakan anak Pak Busu kau yang tinggal kat Sabah tu." Terang ibunya sambil memandang wajah Farissa yang tersipu-sipu malu itu.
"Oh! Bila Risa sampai?" tanyanya.
"Petang tadi." Jawabnya ringkas.
"Mummy! Man naik atas dulu ya. Nak mandi. Nanti Man turun makan petang ya." katanya lalu menaiki tangga ke kamarnya. Puan Noraini hanya menganggukkan kepalanya.Herman sempat melemparkan senyuman yang dapat mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya kepada sepupunya itu.
Petang itu mereka berkumpul di meja makan untuk menjamu selera. Herman mulalah bertanya itu dan ini. Sambil itu mereka menikmati hidangan yang lazat-lazat yang dimasak oleh Kak Pah. Maklumlah ada tetamu istimewa hari ini. Farissa yang tadinya malu-malu kucing, sekarang sudah selesa dengan situasi di rumah mereka yang besar itu. Dia pun rancak berbual dengan Herman yang jadi Pak cik kepo pada petang itu. Ibunya yang duduk di hujung meja itu hanya mengeleng-gelengkan kepalanya sekali-sekala melihat gelagat anaknya yang sememangnya cepat mesra dengan orang lain. Sejak kecil lagi dia memang begitu, suka berceloteh.Lagi pula dia anak tunggal, tiada siapa yang hendak diajak berbual apabila berada dirumah. Ibunya selalu sibuk dengan butiknya.Sebab itu dia selalu keluar dengan kawan-kawannya. Kadang-kalanya dia akan mengajak Marliya,sahabat baiknya itu jalan-jalan.
"Hah..Risa tambahlah lagi nasi tu. Kak Pah nari masak yang special untuk Risa je tau. Hari-hari selalu Kak Pah tak pernah masakkan Abang Man masakan yang lazat seperti ini." katanya dengan mukanya yang monyok itu. Farissa hanya tersenyum melihat gelagatnya yang manja itu. Dia tersedak sedikit apabila dia terdengar Herman ber-abang dengannya.
"Yelah nanti besok Kak Pah masakkan yang sedap-sedap lagi okay?" Kak Pah yang terdengar tadi memujuknya dari dapur.
XXXXX
BACK TO TOP
♥ ♥
Hari yang dinantikan sudah tiba. Bedebar-debar jantungku melihat keputusan yang berada di sisi guruku itu. Hatiku berderau apabila namaku disahut oleh pengetua. Aku menitiskan air mata kegembiraan kerana tidak sia-sia aku berjaga siang dan malam untuk meraih keputusan yang cemerlang seperti ini.Mataku disambar cahaya dari beberapa jurukamera yang sejak tadi berdiri di muka pintu dewan sekolah. Mereka yang membuat aku menyangka bahawa salah seorang daripada kami telah berjaya dengan cemerlang. Namun tidak aku sangka, rupa-rupanya murid itu adalah diriku sendiri. Mataku meliar mencari teman karibku.Ada juga rakan-rakanku yang lain yang turut meraikan kejayaan denganku. Tetapi aku tidak berapa pasti siapa mereka.
Aku tidak menyangka hal ini terjadi kepadaku. Aku seakan bermimpi di siang hari. Aku amat bersyukur kehadrat Illahi kerana telah memberiku peluang untuk menjalani peperiksaan ini dengan sempurna dan akhirnya berjaya memperolehi kejayaan. Alhamdullilah! Bertalu-talu kawan-kawanku yang lain datang untuk mengucapkan tahniah kepadaku. Aku tersenyum gembira tidak terkata. Guru-guruku juga amat kagum dengan keputusan yang diraih olehku.
“ Marliya Isandra, bagaimanakah perasaan kamu setelah mengetahui keputusan yang cemerlang ini?" tanya seorang wartawan yang berpakaian simple itu.
"Saya bersyukur kehadarat Illahi dan saya berterima kasih keatas dorongan guru-guru yang saya hormati dan terutama sekali kepada kawan karib saya yang selalu berada di samping saya. Dia yang telah banyak mengorbankan masa untuk sama-sama berjuang di medan penentuan ini." Kataku dengan penuh bersemangat. "Terima kasih juga kepada ibu yang setia mendorongku dan memberi aku semangat."tambahku lagi.
"Siapakah kawan karib kamu itu?" tanya beliau lagi penuh ingin tahu.
"Emm..." aku tidak nampak batang hidungnya. Hatiku tertanya-tanya dimana dia berada."Namanya Herman. ” Aku menjawab selamba. Aku menarik diri lalu mencari Herman. Tiba-tiba aku ternampak dia sedang duduk terceruk di tepi dewan sambil membelek-belek kertas keputusannya. Mukanya kelihatan muram. Aku terus mendapatkannya.
"Hi!" aku menyapa lalu duduk di sebelahnya.
"Hi! Tahniah keatas kejayaanmu!" dia berkata, tidak bersemangat sambil menghulurkan tangannya kepadaku.
"Thanks!" aku menyambutnya,"You look depress? May i know why?" Aku gelisah melihat kelakuannya. Dia seperti orang yang putus harapan. Dia menghulurkan kertas yang dibelek-beleknya tadi. Aku menyambutnya. Aku tergamam lalu terputus kata-kata.
"Ya...aku tahu kau tentu terperanjat bukan!" katanya dengan selamba. Aku mula menitiskan air mata. Aku telah membohongi wartawan itu. Aku tidak percaya dengan kenyataan ini kerana selama ini Herman telah sama-sama berjuang denganku di medan perjuangan ini tetapi...
"Hey common! Kenapa Liya menangis? Liya percaya ke? Tak tau nak baca nama kat atas tu?" Dia tiba-tiba jadi ceria. Aku hairan dengan perangainya. Mataku terus membaca nama yang tertera di atas kertas itu.
"Mohd Rosli Bin Sulaiman!" aku kebingungan. Baru aku sedar bahawa aku telah dipermainkan. Geram! Aku mencubit lengannya yang berisi itu.Dia mengadu kesakitan.
"How dare you trick me! Sia-sia saja Liya buang air mata." Aku berteriak.
"Aduh sakitnya! Itulah...Liya jugak yang salah. Tak nak baca nama dulu main serbu aje....Mana boleh Man dapat keputusan macam tu. Penat-penat Man belajar bersungguh-sungguh dengan Liya takkan tu yang Man dapat.Liya ni nak katakan pandai kadang-kala bodoh juga eh..." dia menyindir. Aku tidak tahan dengan kata-katanya yang pedas itu. Lalu aku mencubitnya lagi dengan extreme power.
"Eh...tolong sikit jaga mulut tu. Manlah yang salah. Tunjuk muka kesian Man tu. Apalagi Liya tengok ajelah keputusan Man.'' Aku meluru tidak mahu menyerah kalah.
"Oh...kesian jugak Liya pada Man eh..." dia menyindir.
"Dahlah malas Liya nak layan. So what is the true result?" aku menanyanya dengan mukaku yang monyok itu. Namun begitu di sudut hati aku terasa malu apabila dia mengatakan yang aku kasihan padanya.Kalaulah dia tahu perasaanku terhadapnya...Dia mengeluarkan sehelai kertas dari saku belakang seluarnya. Kali ini aku lebih berpuas hati kerana keputusannya lebih kurang macam aku juga.Tiba-tiba Rosli muncul.
"Hey lama nah kau buang air! Nah ambil kertas kau ni.Lain kali belajar rajin-rajin jadi macam aku dengan budak ni." Dia menjeling kearahku. Aku menjelirkan lidah kearahnya lalu mendapatkan kawan-kawanku yang lain.
Sampai sahaja di rumah, aku mendapatkan ibuku lalu mendakapnya erat. Dia yang sedang sibuk di dapur itu terpinga-pinga kerana dia tidak faham akan apa maksudku ini.
“ Kenapa ni sayang? Ada apa-apa yang tak kena ke? Macam mana dengan keputusan Marliya? Bagus?” tanya ibuku penuh berdebar-debar.
Aku memoncongkan bibirku. Ibu mulai kelihatan risau. Tiba-tiba aku mengeluarkan sekeping kertas kepadanya lalu dia mencapainya dengan penuh perhatian. Kemudian aku dapat melihat sekuntum senyuman manis yang terukir dibibirnya seperti bunga mawar yang sedang mekar itu.
“ Alhamdullilah. Syukurlah Marliya sudah pun berjaya.” Tiba-tiba manik-manik jernih membasahi pipinya.
“ Ibu..tak usahlah ibu menangis. Marliya akan belajar lagi bersungguh-sungguh lebih daripada ini. Marliya janji Marliya akan menolong ibu. Tapi sekarang ibu kena masak makanan kegemaran Marliya boleh?” aku mengusap air matanya yang berlinangan.
“ Kalau untuk anak ibu ini memang sudah tentunya boleh.”
XXXXX
BACK TO TOP
♥ Friday, February 24, 2006♥
Sudah seminggu aku tunggu keputusan untuk mendapatkan sekolah idamanku iaitu Kolej Anderson. Aku hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa, supaya aku berjaya mendapat tempat di sekolah itu. Kini aku hanya duduk dirumah sahaja sementara kawan-kawanku yang lain sedang bekerja sambilan untuk mendapatkan wang perbelanjaan sendiri. Aku ingin juga mempunyai pengalaman bekerja di luar dan cari makan sendiri. Namun hasratku itu telah ditolak oleh ibu dengan baik kerana dia bimbang akan keselamatanku jikalau aku berada diluar keseorangan.
Aku terpaksa akur dengan kehendaknya. Jadi selama beberapa minggu ini aku hanya terperap di dalam bilik. Kadang-kala, aku akan menolong ibu mengemas rumah dan memasak di dapur. Tetapi bagus juga kerana aku sekarang sudah pandai memasak beberapa jenis lauk. Satu hari itu, aku menelefon Herman untuk mengajak dia dan ibunya makan petang bersama keluargaku. Dan kali itu, aku yang memasakkan hidangan makan petang.
“ Hello...boleh saya bercakap dengan Herman? “ Aku bertanya sebaik sahaja panggilan aku dijawab.
“ Hello...Herman? Oh dia tak ada. Dia tengah bekerja. Ni siapa? Boleh saya ambil pesanan?”Suara yang lembut itu berkata-kata di hujung panggilan.
Tidak pernah aku dengar suara ini sebelumnya. Cik Noraini ambil pembantu barukah? Tanya hati kecilku.
“Oh tak apalah kalau gitu. Tapi Cik Aini ada?” aku menanyanya lagi.
“Ada. Tunggu sekejap ya.” Aku boleh dengar suara yang lembut itu memanggil
Puan Noraini untuk bercakap denganku. Mak Ngah? Jadi dia ni anak saudara Cik Noraini lah.
“Hello...siapa disana bercakap?” tiba-tiba suara Cik Noraini ada di hujung telefon.
“Oh...Hello..Mummy...Ni Liya la...”aku berkata dengan manja.
Aku memang sudah biasa memanggilnya mummy kerana aku sudah dianggap seperti anaknya sendiri.Cik Noraini memang berhajat sangat hendak menimang anak perempuan.Tapi akhirnya dia mendapat seorang bayi lelaki iaitu Herman. Namun begitu dia tetap bersyukur kerana anak itu adalah anugerah dari tuhan. Jadi dia menganggap aku sebagai anak angkatnya.
“ Oh hah..Liya..Ada apa?” dia menanyaku lagi.
“Takde...Liya ada masak something special hari ini. Jadi Liya ingat nak jemput mummy dengan Herman makan kat sini.”Aku memberitahu hajatku menelefonnya.
“Oh..begitu. Tapi Herman belum balik lagi. Nanti kalau dia dah balik, Mummy suruh dia siap. Pergi rumah Liya nanti ok?”
“Oklah. Jumpa nanti. Bye.” Aku menamatkan perbualan kami dengan rasa senang hati.
Sesampainya mereka di pintu rumahku, aku mengambil kunci pintu lalu menjemput mereka masuk. Sudah lama aku tidak nampak Herman. Dia kelihatan lebih segak dari biasa.Sudah tentulah kan dia sudah bekerja. Selepas Herman dan ibunya melangkah masuk ke rumahku, seorang perempuan yang kelihatan lebih muda daripadaku itu pula masuk. Kami bersalaman. Namun aku tidak mengenali pun siapa perempuan ini.
“Eh lupa pulak. Eheh...ni Farrisa Sattiyah, my adik saudara yang datang dari Sabah.
Dia habiskan cuti sekolah dia kat sini. Risa nilah kawan baik abang yang abang pernah ceritakan kat Risa dulu.” Herman memperkenalkan dirinya kepadaku.
Aku rasa janggal sedikit apabila Herman ber-abang dengan adik saudaranya itu. Macam geli gitu. Hehehe..Tapi aku ingin tahu juga apa yang telah diceritakkan kepadanya tentang diriku?
“Marliya Isandra?” dia menanyakan aku untuk mendapat kepastian.
“Ya. Sayalah Marliya Isandra. Alah panggil sahaja Liya sudah cukup.So best tak holiday kat sini?” Aku cuba beramah mesra dengannya.
“Best.hari tu Abang Man ajak Risa pergi jalan-jalan.Seronok sekali dapat tengok Singapura ni.”katanya sambil berpaling ke arah abang saudaranya itu.
Herman hanya tersenyum kepadaku apabila Farissa menceritakan tentang harinya disini.
Apabila masakan yang aku masak tadi telah dihidangkan di atas meja aku terus menjemput mereka untuk makan bersama. Mujurlah meja makan itu besar untuk muatkan lima orang makan bersama. Aku pada mulanya takut juga sebab inilah kali pertama aku menjemput tetamu makan masakanku sendiri. Adakah ianya sedap atau tidak itu terpulang kepada mereka yang merasanya. Namun begitu , apabila Cik Noraini merasa lauk ayam masak lemak itu, dia tersenyum lalu menepuk tangannya. Aku berasa malu dan dalam diam-diam aku kagum dengan masakanku sendiri. Herman apatah lagi. Semakin menyakat dia mengusik aku di depan semua orang. Bertambah merah mukaku.
“ Sedaplah Liya masak lauk tu. Kalau ginilah gayanya bolehlah Man datang selalu makan kat rumah Liya eh..”usiknya semasa dia menolong aku mencuci pinggan mangkuk kotor yang berlonggok di atas sinki itu.
Mujurlah Farissa tiada di situ. Farissa berada di depan bersama mummy dan ibu sambil menikmati cuci mulut yang dibuat khas oleh ibu. Banana Split.Hmm...meleleh air liurku mendengar makanan itu.
“ Yelah tu. Kalau tak sedap pun..Nak ke Herman datang makan kat sini?”
“Hmm...Mungkin juga...” dia tersengih lalu meninggalkan aku keseorangan di dapur setelah semua pinggan mangkuk itu dicuci bersih.
BAB 6
Aku tidak mempunyai sembarang aktivi yang hendak dilakukan. Aku cuma mengisi masa lapangku dengan menghabiskan novel yang aku pinjam dari perpustakaan yang tertelak di tempat membeli belah itu. Aku hanya perlu mengambil masa selama 3 minit untuk sampai ke khutub-khanah itu.
Tiba-tiba kedengaran telefon berdering. Ibukku terus mengangkatnya. Mukanya kelihatan muram sekali setelah menerima panggilan itu. Ini membuatkan aku rasa curiga tentang apa yang telah berlaku. Setelah dia meletakkan gagang telefon itu, aku keluar dari kamarku lalu bertanyak, "Siapa itu? Kenapa ibu kelihatan muram sahaja. Ada apa-apa yang tak kena?"
"Marliya, ibu rasa sudah sampai masanya ibu memberitahu kamu tentang cerita yang sebenarnya..." dia berkata dengan suara yang agak sedih.
"Cerita sebenar? Apa maksud ibu?" aku terpinga-pinga setelah mendengar kata-kata dari ibuku tadi. Ibu hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu sama ada mahu memberitahuku hal itu atau pun tidak. Dia kelihatan seperti orang yang kehilangan arah.
"Ibu...katakanlah. Apa sebenarnya yang telah berlaku?" aku mendesaknya. Aku memang pantang dengan orang yang hendak memberitahuku sesuatu tetapi dia hanya membatu.
"Marliya....Ayah kandungmu akan datang ke sini untuk mengambilmu kembali disisinya. Mungkin dia akan tiba pada keesokkan harinya." Dia memberitahuku setelah didesak.
Apa? Aku teringat kembali cerita yang ibu pernah memberitahuku dahulu bahawa aku bukanlah anak kandungnya. Dia mengatakan bahawa ayahku berada di luar negeri dan dia mahu ibuku menjagaku sehingga aku dewasa. Dia juga pernah mengatakan bahawa ibu kandungku iaitu adiknya meninggal dunia setelah beberapa bulan melahirkanku.Aku kurang pasti akibatnya dia meninggalkanku semasa aku masih kecil lagi. Dia mewasiatkan ibu untuk menjagaku sehingga aku dewasa kelak.
Selama ini ibu tidak pernah mengabaikanku walaupun aku bukan anak kandungnya. Tetapi kasih sayangnya terhadapku bagai ditatang minyak yang penuh yang membuat aku berasa bahawa dia adalah ibuku yang sebenarnya. Aku memahami perasaannya kerana dia tidak mempunyai anak dan juga tidak akan pernah mendapat zuriatnya sendiri. Aku kasihan melihatnya.Suaminya pula telah lama menceraikannya, kerana dia memiliki seorang isteri yang lebih cantik darinya.Pakcik Rahman tidak puas hati dengan keadaan ibuku kerana dia ingin menimang cahaya mata dari zuriatnya sendiri.Sebab itu dia cari pengganti ibu yang boleh melahirkan anak. Aku tidak suka dengan Pakcik Rahman. Kalau dah tahu ibu tak boleh ada anak buat apa dia kahwin dengannya.Hatiku geram apabila setiap kali mereka bergaduh tentang hal ini.Namun selepas ibu diceraikan,keluarga kami agak damai walaupun tiada ketua rumah.
"Katakan padanya, Liya tidak mahu pulang bersamanya. Liya hendak duduk di sini bersama ibu. Liya tidak akan meninggalkan ibu disini seorang diri."Aku merintih kesedihan lalu mendakap tubuhnya itu. Ibu hanya mendiamkan diri lalu mendakapku lebih erat lagi. Dia mencium dahiku beberapa kali. Aku berasa tenang apabila bersamanya.
XXXXX
BACK TO TOP
♥ Wednesday, February 22, 2006♥
Keesokkan harinya, ayah kandungku dan keluarganya sampai di tempat kediaman kami. Aku seolah-olah menemui orang asing yang tidak pernah aku lihat selama ini. Walaupun aku mempunyai gambar ayah sewaktu dia muda-muda dahulu tetapi kini dia sudah jauh berubah. Dia kelihatan lebih tua daripada umurnya.Mereka sekeluarga berbangsa Australia tetapi ayahku pandai berkomunikasi dengan menggunakan bahasa ibundaku. Aku kagum melihat keupayaannya tetapi di dalam lubuk hatiku, aku seolah-olah membencinya dan tidak dapat menerimanya sebagai ayah kandungku.
Fikiranku sering bermain dengan tanda tanya. Mengapa sekarang baru dia mahu mengambilku kembali bersamanya? Mengapa tidak membawaku bersamanya setelah mama meninggalkan aku sebelum sempat aku mengenalinya. Aku amat rindu terhadapnya. Mengapa ini semua berlaku di dalam hidupku. Aku tidak ingin bersamanya walaupun aku mempunyai darah dagingnya.
Apabila aku melihat seorang gadis dan seorang wanita yang berkulit putih salju itu, kebencianku terhadapnya semakin meluap-luap didadaku. Perasaan menyampah meliputi diriku apabila melihat perempuan mat saleh itu melihat-lihat kediamanku yang seakan tidak sempurna di matanya yang biru itu. Aku sungguh tidak cemburu dengan gadis yang ayu itu kerana aku juga mempunyai kulit yang putih cuma cuaca di Singapura yang panas ini membuatkan kulit aku menjadi gelap sedikit. Apakah mereka berdua ini ada kena mengena dengan ayahku?
"Marliya...kamu tidak mahu bersalaman dengan ayah ke? Marilah kesini anakku..." ayah memanggilku dengan manja. Walaupun aku membencinya aku tetap hormat akan orang tuaku. Aku terus bersalaman dengannya dan ahli keluarganya yang meluat itu.
"Hi, Marliya! My name is Natasha Sabrina. Nice to meet you sis." Dia berkata dengan loghat inggerisnya sambil menghulurkan tangannya kepadaku. Natasha Sabrina, sedap juga nama itu, bisik hatiku.
"Hi! Nice to meet you too..." aku menjawab selamba sambil menyambut salamannya dengan sopan.
Kemudian aku bersalaman dengan wanita berbadan agak langsing itu. Dari tadi dia asyik mengipas-ngipas dirinya yang tidak berpeluh itu. Belum sempat aku mencium tangannya, dia telah melepaskannya. Dia seolah-olah membenciku. Hatiku bagaikan dicucuk-cucuk dengan jarum yang tajam melihat kelakuannya itu. Hatiku berbisik, "Panas sangat ke dia ni. Padahal rumah aku ni pun ada air-con. Kang aku angkat masuk dalam peti ais baru tahu. Menyampah!"
"Ayah minta maaf Marliya. Ayah tahu Marliya tidak akan dapat menerima ayah kembali setelah lama kita tidak bertemu. Ayah sungguh menyesal dengan tindakan ayah ini. Ayah harap kamu dapat memaafkan kesalahan ayah.." dia merayu.
Maaf? Setakat maaf sahaja? Selama enam belas tahun aku tidak dibelai manja olehnya dan sekarang dengan sewenang-wenangnya dia mahu aku memaafkannya. Melihatkan keluarga tiriku itu juga sudah cukup membuatkan aku jelik. Tidak tahu bagaimana nanti, jika aku hidup denganmu nanti ayah!
"Sebenarnya, sebelum ayah mengahwini mamamu, ayah telah pun berkahwin dengan Aunty Ashley mu terlebih dahulu. Ayah berkenalan dengan ibumu sewaktu ayah mempunyai tugas penting disini selama empat tahun. Sebagai seorang setiausaha ayah yang patuh dan kesopanannyalah yang membuatkan ayah tertarik pada mamamu." Dia mulai ceritakan apa yang telah berlaku tujuh belas tahun dahulu.
Ibuku sedang sibuk di dapur menyiapkan hidangan ringan untuk tetamu yang datang dari jauh itu. Dia memang sengaja meninggalkan aku di ruang tamu bersama mereka kerana dia tidak mahu menganggu kami. Inilah kali pertamanya aku bertemu dengan mereka. Tetapi aku berasa tidak selesa kerana mereka bagaikan orang asing yang datang untuk menyewa bilikku.
"Kemudian setelah dua tahun ayah berkahwin dengannya, kami mendapat seorang cahaya mata iaitu kamu, Marliya. Suatu hari, mamamu pergi
scanning
. Kami terperanjat kerana mamamu mengandungkan sepasang kembar. Tetapi malangnya, mama dan adikmu tidak dapat diselamatkan ketika dia melahirkan kamu. Keadaan mamamu amatlah kritikal tatkala itu. Ayah begitu terharu dan saat itu ayah seakan membencimu. Sebab itu ayah menyuruh Mak Cik Aisyah menjagamu sehingga kamu dewasa. Ayah bertekad untuk pulang kepangkuan keluarga yang berada di Australia sambil membawa diri setelah kematian isteri yang amat ayah sayangi. Ayah betul-betul minta ampun darimu, Marliya." Dia menyambung ceritanya.
Kelihatan air mata jernih melimpah ruah di pipinya. Aku meluru untuk mendakapnya buat pertama kali di dalam hidupku. Saat itu barulah aku memahami keadaan yang sebenarnya. Aku sudah dapat memaafkannya. Tetapi mengapakah ayah membenciku sampai bertahun-tahun lamanya. Mengapa baru sekarang ayah datang membawaku kembali disisimu ayah? Hatiku ingin mendapatkan kepastian.
XXXXX
BACK TO TOP
♥ Wednesday, January 11, 2006♥
Sudah hampir seminggu mereka menetap di Singapura. Mereka menempah sebuah bilik di Raffles Hotel buat sementara waktu kerana ayahku mahu mengambilku pulang selepas aku ketahui keputusanku. Aku tahu ibu tiriku itu tidak suka tinggal di rumah aku. Tetapi lagi bagus kalau dia tidak tinggal bersamaku. Aku hairan mengapa dia membenciku walhal anaknya yang satu itu sungguh ramah dan baik kepadaku.
Menurut kakakku, dia datang bersama ayah kerana dia ingin melihat Singapura negeri yang paling kecil di Asia ini yang pernah diceritakan oleh ayah sewaktu dia kecil dahulu. Mereka datang kesini pun bertujuan hendak melancong di serata Singapura. Ayah bercadang hendak membawa mereka melihat Merlion yang terletak di Sentosa itu. Ayah pun sudah lebih mengenali Singapura tetapi dia tidak tahu bahawa Singapura sudah jauh berbeza dari apa yang dilihatnya 20 tahun yang dahulu. Mereka ada mengajakku sekali tetapi aku menolaknya dengan baik dengan alasan aku hendak menemani ibukku yang keseorangan. Mereka faham akan maksudku itu.
Suatu hari itu aku mengambil peluang terakhir sebelum aku berangkat ke Australia bersama ayah, menemui Herman yang sudah lama tidak dengar khabar. Dengar kata, dia sedang bekerja di restaurant Pizza Hut setelah lama dia berhenti kerja di pejabat post. Aku kagum melihat mereka sekeluarga yang rajin mencari nafkah. Jadi pada hari itu aku menemui Herman di tempat kerjanya.
"Sudah lama Man bekerja disini?" Aku mulai perbualan kami setelah lama membisu.
"Agak lama juga.Marliya pula bagaimana? Tidak cari kerja tolong Makcik Aisyah?" dia menyanyaku. Herman memang selalu mengambil berat tentang hal orang lain. Itu yang membuat aku suka padanya.
"Ya..Liya bekerja di sebuah butik." Aku membohonginya. Aku sengaja menipunya kerana aku tidak mahu dia menganggap aku seorang yang pemalas. Sebenarnya ibu yang melarang aku mencari pekerjaan kerana dia gelisah jika aku berada diluar keseorangan. Fikiranku sekarang sedang berserabut kerana aku tidak tahu sama ada aku hendak memberitahunya atau tidak tentang hajatku kesana.
“ Herman..” aku cuba memulakan bicara tetapi tiba-tiba kedengaran majikannya memanggilnya.
“Herman!”
"Ya! Nanti saya datang!" dia menjawab.
"Marliya aku rasa lebih baik kita bual pada lain masa ajalah ya? Aku tengah sibuk ni..." dia memberitahuku lalu beredar untuk membuat pekerjaannya. Aku mengangguk lalu beredar dari situ. Nampaknya tidak sempatlah aku hendak memberitahunya tentang hal yang sebenarnya. Aku rasa lebih baik aku memberitahu ibunya sahajalah.
Pada petang berikutnya aku bertandang ke kediaman Herman. Apabila aku sampai di pagar rumahnya, aku ternampak Cik Noraini sedang sibuk menyiram pokok bunga kesayangannya itu. Aku menyapanya lalu Cik Noraini menoleh kearahku lalu membuka pintu pagar. Kami bersalaman lalu aku menjejakkan kakiku ke dalam mahligai yang indah itu.
"Mimpi apa yang membuatkan Liya datang disini?" dia menanyaku .
Aku memang jarang datang ke rumahnya kecuali jika dijemput Herman untuk makan petang bersamanya ataupun sekadar membuat kerja sekolah bersama. Sejak mengambil keputusan peperiksaan, aku jarang datang kerumahnya.
"Liya datang ni sebab ada hajat kecil aja Mummy." Aku memberitahunya.
"Lain macam aja bunyinya. Ada apa sebenarnya ni?" dia sudah dapat mengagak akan apa yang aku katakan nanti.
"Liya akan berasa sunyi nanti Mummy sebab nanti kita akan berjauhan tidak lama lagi. Liya akan sentiasa merinduimu, Mummy." Aku tetap merahsiakannya. Aku memeluknya erat sepertinya dia ibu kandungku.
"Apa maksud Liya? Berjauhan? Berterus teranglah sayang, apa sebenarnya yang Liya ingin sampaikan kepada Mummy?" dia bingung.
Aku tidak mahu menyimpannya lagi lalu hatiku terbuka untuk memberitahu segala-galanya. Setelah meluahkan segala perasaanku, dia memelukku dengan lebih erat lagi lalu menciumku di dahi. Aku dapat rasakan kasih sayangnya terhadapku. Kemudian aku minta diri kerana aku perlu mengemas pakaianku.Sebelum aku beredar pulang aku memberinya seutus surat untuk Herman. Aku memberi salam lalu mengorak langkah keluar dari mahligai itu untuk kali yang terakhir.
XXXXX
BACK TO TOP
♥ Saturday, January 07, 2006♥
Aku ke sekolah bersama ayahku untuk mengambil keputusanku. Aku menjadi bingung apabila kawan-kawanku melihatku seperti seorang jakun. Ada yang tersengih-sengih melihat aku berdiri di samping ayahku yang berbangsa British itu. Ada pula yang berbisik-bisik apabila kami lalu di hadapan mereka yang lebih menghiraukan lagi apabila sekumpulan remaja lelaki ternganga mulut mereka melihat kakakku yang juga turut mengikutku untuk mengambil keputusan. "Kakakku cantik sangat ke?" bisik hati kecilku.
"
Hello, Good Morning Marliya ! Is this your father?"
tanya Miss Elliot, guru bahasa Inggerisku, sambil berjabat tangan dengan bapaku.
"Hello! Well how's my daughter doing?" ayahku menanyanya.
"Well, she got to her own choice! But why do you look so sad, Marliya ?" guruku melihat mukaku dengan tanda tanya.
"Miss Elliot, my daughter would have to go with me today! She will be going to Australia and she would be schooling there." Ayahku menerangkan kepadanya. Guruku hanya menganggukkan kepalanya. Dia faham akan maksud ayahku itu. Selepas itu kami beredar dari situ kerana kami tidak mempunyai banyak masa lagi. Kami harus berangkat pada sebelah petang. Aku teringatkan Herman. Mataku mencari-cari kelibat dirinya tetapi mataku tidak dapat mengesan batang hidungnya.
Kemudian aku ternampak Iskandar sedang berjalan dengan Diyana. Mereka memang sudah lama menjalinkan hubungan kekasih. Padaku, mereka adalah pasangan yang paling cocok sekali. Aku doakan semoga mereka menemui jodoh mereka. Insyallah.
“ Eh Liya! Amacam? Dah dapat result? “ Iskandar menanyaku.
“ Dah...aku dapat ke kolej idamanku. Tapi...” aku berasa sedih dan tidak ingin sekali aku mengikut ayahku ke luar negeri walaupun dahulu aku beriya-iya sangat nak ke luar negara.
“ Tapi apa?” tanya Diyana penuh keraguan.
“Aku tak boleh pergi kat kolej tu. Entahlah! Aku...terpaksa ikut ayah kandungku ke Australia. Dan mungkin aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup aku kat sana nanti. Sudah tentunya aku akan berasa sunyi tanpa korang.” Aku menerangkan kedudukanku sekarang ini. Mereka kelihatan simpati terhadap nasib diriku ini. Namun mereka juga hairan kerana dahulu aku memberitahu mereka yang ayahku sudah lama tiada.
“ Bersabar sajalah Liya. Kami disini akan sentiasa mengingatimu. Dan kami hanya mampu berdoa agar kau hidup bahagia di samping keluargamu itu. Janganlah kau risau. Oh ya. Tadi aku ada nampak Herman. Nampaknya dia tergesa-gesa pulang. Entah mengapa , aku pun tak tahu. Dia cuma suruh aku berikan ini kepada kau. “ Iskandar menghulurkan sekeping nota kepadaku yang bertulis : “ Tunggu aku di airport nanti. Aku akan menemui kau disana.”
Apabila sampai di rumah kami pun bersiap untuk ke lapangan terbang. Beg pakaian sudah pun aku kemas dan hanya gambar ibuku sahaja yang aku bawa untuk membuai rinduku nanti. Selepas kami sudah bersiap, ayah menyuruh kami memasuki kereta ,dipinjam daripada Pak Mat, jiran sebelah. Aku duduk bersebelahan dengan ibu dan kakakku, Natasha. Walaupun aku berasa hiba dan berat hati untuk meninggalkan ibu seorang diri, ibuku tetap kelihatan seperti biasa. Dia sepertinya mahu menyembunyikan perasaannya yang sebenar daripadaku. Tapi tidak ada gunanya ibu merahsiakan kepadaku kerana aku tahu kau sangat membutuhkan seseorang yang akan menjagamu bila aku tiada nanti. Hai ibu, apalah nasib kami berdua?
Perjalanan menuju ke lapangan terbang Changi itu memakan masa selama satu setengah jam kerana tempat kediamanku terletak agak jauh daripada tempat itu. Namun besar manalah negara Singapura ini? Sekarang aku akan ke tempat yang lebih luas berbanding Singapura. Adakah aku akan sesat di sana nanti? Siapa yang aku berkawan nanti apabila tiba di kolej yang dimaksudkan ayahku itu? Adakah aku akan menjadi seorang manusia yang ganjil di dalam segumpal orang yang berkulit putih dan berambut perang itu? Bermacam-macam soalan berlaga di fikiranku yang berkecamuk itu. Perasaan gelisah dan takut bermain-main di dadaku yang sebak itu.
"Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini, Ya Allah!" aku hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Mengetahui. Tidak sedar rupanya aku, bahawa kami telah pun memasuki ke perut lapangan terbang yang sibuk dan sejuk itu. Beberapa orang yang juga sedang menunggu masanya untuk berangkat bersua dengan yang dikasihi buat kali terakhir sebelum mereka berpisah. Aku juga seperti mereka.Kami duduk berkumpul di sebuah bangku yang sememangnya ada di situ untuk melepaskan lelah, selepas duduk di kereta Pak Mat yang agak sempit itu. Tiba-tiba aku terdengar suara lantang memanggil namaku dari belakang. Aku menoleh untuk melihat siapakah gerangannya. Herman ! Ah, agaknya dia sudah membaca suratku itu. Nasib baiklah dia tidak datang selepas aku beredar dari situ.
"Liya! Kenapa kau tidak memberitahuku yang kau akan pergi jauh dari sini?" katanya termengah-mengah setelah berlari untuk mendapatkanku. Natasha hanya memperhatikan sahaja orang asing dihadapannya itu bertutur kata denganku. Aku tersengih melihat Herman yang termengah-mengah menahan lelah itu.
"Kan Liya telah menjelaskan segalanya di dalam surat itu. Liya ingatkan Man dah baca? By the way, kenalkan gadis ini kakak tiri Liya, Natasha Sabrina. Sis this Herman." Aku memperkenalkannya kepada kakak tiriku itu.Senyuman terukir di bibir masing-masing lalu memperkenalkan diri mereka sendiri. Herman....sudah sampai waktunya untuk aku mengundur diri.
Herman tiba-tiba menghulurkan sebuah kotak kecil yang berwarna biru kepadaku. Aku kehairanan kerana aku tidak faham akan apa maksudnya ini. Aku menyambutnya lalu membuka kotak kecil itu. Terdapat sebuah loket di dalamnya yang berwarna perak. Aku suka bentuknya. Bentuk idaman hati. Aku mengeluarkan loket itu lalu tersenyum kerana loket itu boleh dibuka. Setelah dibuka, kelihatan dua keping gambar. Dan sudah tentunya aku kenal siapa di dalam gambar itu. Aku dan dia. Hmm...romantik juga Herman ni. Tidak aku sangka. Tetapi aku masih cuba mencari apa maksudnya ini.
“ Liya. Aku...aku dah lama simpan loket ini. Cuma aku mencari waktu yang sesuai untuk memberikannya kepada kau. Dan akhirnya masa itu datang dengan sendiri. Kau tak lama lagi akan tinggalkan kami di sini. Aku...aku akan merindui kau Liya. Aku dah lama jatuh hati kat kau. Cuma aku malu nak mengatakannya. Terimalah loket itu sebagai kenangan kita bersama. Dan aku doakan semoga kau berbahagia di samping keluarga.” Herman akhirnya memutuskan kata-kata cinta kepadaku.
Aku hanya terdiam apabila dia mengatakannya di depan kakakku itu. Namun aku tahu , dia tentunya tidak faham akan apa yang dikatakan Herman tadi. Hati nuraniku tersentuh lalu manik-manik jernih jatuh membasahi pipiku. Kenapa baru sekarang kau mengatakannya? Kenapa? Tanya hatiku geram. Kini sudah terlambat untuk aku meluahkan perasaan hatiku terhadapmu.
XXXXX
BACK TO TOP
♥ Friday, January 06, 2006♥
Aku bersendirian di amarku yang sepi ini. Hmm...siapalah yang hendak aku ajak bersembang. Nak harapkan kucing kesayangan Kak Natasha... Hmm..bukannya dia faham sangat bahasa orang melayu. Haiz apalah nasibku ini.
Lamunanku terhenti akibat ketukan yang kuat di pintu kamarku. Terkejut juga aku dibuatnya. Yang dia ni pun satu. Kalau nak ketuk tu ketuklah perlahan sedikit. Macam nak rak. Daun pintu terkuak luas. Sekujur tubuh yang sememangnya sudah lama aku nanti-nantikan akhirnya tiba jua. Sekujur tubuh ini jugalah yang selalunya membawa khabar berita baik untukku.
“ Hmm..I hope you know why I’m here.”
Joanna bersuara.
“ Yeah, I know. Come in. So where is it?
“ aku tidak sabar-sabar mahu melihatnya.
"From who?
" aku mengeluarkan suara setibanya surat itu di genggamanku.
"Look for yourself.
” katanya.
Aku memang mengepos surat kepada mereka melalui alamat sahabat karibku Joanna. Dia seorang sahaja yang boleh diharap. Pernah satu kali aku mengepos surat melalui alamat rumahku. Apabila suratku sampai dirumahku, ibu tiriku akan mengambilnya dan mengoyakkannya. Kadang-kala aku tidak faham dengan perangainya. Dia seolah-olah membenciku. Kalau dah benci tu, kenapa masih ajak aku pulang ke sini. Bilang sahajalah pada papa, tak payah. Senang sikit. Tak payah susah-susah aku kat sini. Kan buat kecoh ajer.
Aku membaca alamat yang tertera di belakang sampul surat itu. Aku tersentak!! Aku terus mengoyakkan sampul surat itu tetapi dengan hati-hati kerana takut terkoyak suratnya.
"Salam manisku kepada Marliya Isandraku sayang,
Apa khabar?Man merinduimu disini...bilakah kamu akan kembali? Dua tahun bagaikan dua ribu tahun lamanya Marliya? Apa yang Liya lakukan disana begitu lamanya sehingga Liya terpaksa meninggalkan Man di sini keseorangan. Sampai hati kau Marliya. Oh ya? Lupa Man nak beritahu....bakal ibu mertuamu kirim salam hehehe....
Well how is Australia so far?
Dapat balak baru ker? Mat saleh mana yang malang dapat kau Marliya?...Haiz terlepaslah Man kali ini agaknya.
By the way
di dalam sampul surat tu....ada gambar
latest
Man...Man sengaja hantarkan sekali takut-takut Liya tak boleh tidur malam sebab asyik teringatkan Man....Yelah manalah tahukan....jauh di mata tapi masih tetap di hati Liya yang susah nak lembut tu...Agaknya macam mana pulak rupa Liya sekarang eh...entah-entah makin gebulah sebab asyik makan
western food
...Ingat-ingat sikit Liya tu orang Melayu tak makan
western food
sangat. Perut Liya tu dah serasi dengan nasi lemak. Lebih-lebih lagi bukannya dengan sambal tumis tapi sambal belacan pulak tu...hahaha...
Anyway Man sudah pun memasuki ke alam persekolahan yang baru. Man dapat masuk kolej Anderson.Ingat tak dulu kita pernah sama-sama berjanji akan ke sekolah itu sama-sama. Tetapi akhirnya Liya terpaksa mungkiri janji sebab Liya kena ikut ayah Liya balik ke sana. Tidak mengapalah. Asalkan Liya masih ingat Man disini sudah memadai bagi Man. Kawan-kawan kita yang lain banyak yang masuk Poly.Kalau Liya nak tahu...Man masih single tau. Man tak heran pun gadis-gadis yang ada kat sekolah tu. Walaupun mereka pernah nak
tackle
Man.Man buat dek jer dengan mereka. Man rasa diantara mereka semua tu Liyalah yang paling cantik tau. Hatiku masih tetap setia padamu. Man akan tetap menunggu Liya walaupun seribu tahun lamanya. Bagaimana pula dengan Liya disana? Aku harap Marliya Isandra yang Man kenali selama 4 tahun masih tetap begitu juga.
Liya tu sibuk, sibuk juga takkanlah tak boleh pegang pen lagi....Okeylah naik lenguh jugak tangan Man ni tulis surat khas buat Liya...hehehe... Wassalam.
Yang menrinduimu ,
Herman Andrika.”
Aku tergelak kecil apabila membaca suratnya itu. Dia masih dengan perangainya yang loyar buruk itu. Aku mengeluarkan sekeping gambar dari balik sampul surat yang berwarna biru itu. Aku terperanjat melihat wajah pemuda yang sedang berposing di dalam gambar itu. Aduh…semakin kacak rupanya engkau ya…mesti ramai gadis-gadis yang tergila-gilakan jejaka ini. Tentu mereka mengambil kesempatan kerana aku tiada di sana…
Joanna yang dari tadi duduk sebelahku itu kehairanan melihat aku yang ketawa sorang-sorang.Berkerut dahinya.Aku tahu apa yang dia mahu. Dia ingin aku berkongsi dengannya apa yang tertulis dalam surat yang aku baca tadi.
“
Joanna..You don’t need to show me that kind of face. I know what you mean.
”aku memberitahunya. Dia hanya tergelak kecil.
“So what was it about? I saw you giggling. Share with me please....
” dia tidak sabar-sabar untuk mengetahuinya.
“You see this man in this picture. Well he is my friend from Singapore. Well to be more exact, he is my boyfriend. We’ve been together for the last 4 years when I was in singapore. He told me that he really misses me and how he wish he could be here with me and spend his day with me. Isn’t he romantic?
” Aku menunjukkannya gambar Herman sambil memberitahu kandungan surat itu.
“
Oh I see...He looks cute. More cuter than Helmy your boyfriend in Australia...
”Joanna memuji pemuda di dalam gambar itu.
Tidak semena-menanya Joanna teringatkan aku tentang Helmy, rakan sekolejku di Australia. Memang tidak dinafikan Helmy memang rapat dengan aku sehingga orang menyangka yang kami mempunyai hubungan intim. Tetapi itu cuma cerita rekaan mereka semata-mata. Mereka saja mereka cerita seperti ini untuk mengisi masa lapang mereka menggosip tentang orang lain. Sudah seminggu cerita tentang kami heboh satu kolej. Tapi aku tahu itu sudah sememangnya lumrah kehidupan di sini.
Helmy adalah salah seorang pemain bola yang berkebolehan di kolej kami. Dia begitu kacak sehinggakan ramai gadis yang tergila-gilakannya. Aku juga pernah ada
crush
dengan dia tapi kerana aku masih teringatkan Herman aku melepaskan peluang itu begitu sahaja. Disebalik mukanya yang kacak itu, dia juga mempunyai banyak persamaan dengan Herman. Dia juga mempunyai kacukan orang Jawa.Namanya pun Helmy Santario.Namun aku tidak bertepuk sebelah tangan. Ada seorang temannya pernah berjumpa denganku dan mengatakan yang Helmy sukakan aku. Aku rasa bersalah pada saat itu. Namun akhirnya aku bertekad untuk berkawan dengannya sahaja. Dan aku janji pada diriku sendiri bahawa aku tidak akan mempunyai hubungan intim dengannya. Lagipun ada ramai lagi gadis di luar sana yang terhegeh-hegeh hendak mendapatkan jejaka yang
hot
itu.
“
Joanna...How many times must I told you that Helmy has got nothing to do with me. We are just close friends and I never treat him more than that. Come on..you are my bestfriend, Joanna. Don’t you believe me?
” aku seakan merajuk dengannya.
“
Ok Ok. Anyway I was just kidding.Don't get too serious. Cheer up please...
”dia memujukku.
Aku pun mengukir senyuman yang agak tawar kerana aku terkenangkan orang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati.
XXXXX
BACK TO TOP
♥ ♥
Aku mengeluarkan satu pad kertas tulisan dari laci meja belajarku. Kemudian aku membalas surat Herman yang sampai ditanganku semalam.
“ Assalamualaikum Herman,
Apa khabar Man dan keluarga disana? Sudah dua tahun lamanya kita tidak bertemu. Rasanya inilah kali pertama kita berbalas surat. Marliya juga merinduimu di sini. Liya juga rindukan umi di sana. Apa khabar dia? Sudah lama Liya tidak mendengar khabar berita tentangnya. Sudah Liya hantar surat kepadanya. Tapi sampai sekarang masih tidak berbalas. Lagipun Liya bukan tidak boleh menelefonnya tapi Man tahulah kehidupan Liya di sini. Ada banyak batasannya. Banyak perkara yang tidak boleh Liya lakukan. Liya rasa bosan duduk di sini. Liya rasakan mahu sahaja Liya lari dari rumah. Ibu tiri Liya itu terlalu mengongkong pergerakkan Liya.Itu tak boleh. Ini tak boleh. Liya tidak bebas di sini. Liya bagaikan burung yang berada di dalam sangkar. Aku tidak tahu mengapa ibu tiri Liya itu sangat membencikan Liya. Malahan Liya tidak pernah melukai hatinya. Liya tidak ada tempat untuk mengadu. Kecuali dengan Aunty Sofea pembantu rumah kami. Alangkah indahnya jikalau Liya masih tinggal di Singapura. Kadang-kala Liya rasa menyesal meninggalkan tanah air.
Liya memang merindukan makanan tradisional kite orang. Lontong, nasi lemak, rendang....macam-macam lagilah.Liya memang sudah jelak makan makanan orang putih ni. Nak muntah pun ada. Apatah lagi hari-hari Liya sumbat spageti dalam mulut. Liya pun boleh dikatakan sudah berisi sikit. Tapi masih cun tau...hehehe...Man kelihatan lebih kacak dan matang dalam gambar yang Man hantarkan hari itu. Liya takkan percaya kalau Man kata Man masih single sampai sekarang. Mesti ramai gadis yang terhegeh-hegehkan Man. Betul tak?
Liya disini mengucapkan tahniah kepada Man kerana berjaya memasuki sekolah yang kita idamkan selama ini.Kalau Liya tak ikut ayah ke sini sudah tentu sekarang kita masih tetap bersama. Tapi apakan daya. Ini semua takdir Yang Maha Kuasa. Liya doakan semoga Man berjaya selalu. Liya kat sini mempunyai teman rapat juga. Nama dia Joanna. Dialah tempat Liya mengadu masalah selain daripada Aunty Sofea. Tapi Liya masih tetap sukakan kawan-kawan lama kita kat Singapore tu. Iskandar, Fazilah, Amyza dan lain-lain lagilah. Kalau Man terserempak dengan mereka, kirimkan salam kat mereka semua ok.
Oklah. Liya pun nak masuk tidur ni. Liya tulis surat ni pada waktu malam. So Good Night my dear friend. Assalamualaikum.
Marliya Isandra.”
Aku melipat kertas itu lalu memasukkannya ke dalam sampul surat yang berwarna biru itu. Esok aku akan berikannya kepada Joanna untuk diposkan ke alamat Herman.
XXXXX
BACK TO TOP
♥ Thursday, January 05, 2006♥
“Hey Isandra .What’s up?”
sapa Helmy semasa aku berada di
locker
ku untuk mengambil buku Matematik.
“Hey..I’m as usual.Umm..have you seen Joanna?”
“ Nope
! Kenapa you cari dia?”
“Oh tak ada apa-apa..Cuma ada hal sikit.
So what are you having later on?”
aku menanyanya lagi sambil menutup pintu lockerku. Tiba-tiba surat yang ditulis untuk Herman terjatuh ke lantai berhadapan dengan kaki Helmy. Aku tidak perasan.
Helmy membongkok untuk mengutip surat yang jatuh di depannya itu. Dia melihat nama dan alamat yang tertera di atas sampul surat itu. Dahinya berkerut dan sekali-sekala dia memandang wajah Marliya.
“
Hey that’s my letter.”
Aku ternampak dia memegang surat itu lalu merampasnya dari tangan jejaka itu.
“
Erm..may i know who is Herman Andrika?From Singapore
?” Helmy rasa yang dia pernah dengar nama itu dan dia ingin mendapatkan kepastian.
“
Oh he is my friend from Singapore.Why you asking? Are you okay?”
Aku tidak rasa selesa apabila dia menanyaku tentang Herman.Aku takut nanti dia akan bertanyakan lebih lanjut dan aku tidak mahu hebohkan hubungan aku dengan Herman.Makin hairan aku melihatnya apabila dahinya berkerut seakan ingin mengingati sesuatu.
“
Ah. Nevermind. It’s just that i’ve heard that name somewhere before. But i can’t remember. You are having break now rite? Wanna join me?”
dia tiba-tiba menukar topik perbualan. Aku berasa lega sedikit kerana dia tidak banyak tanya.Aku takut dia kecewa denganku kerana dia pernah meluahkan rasa cinta padaku. Tetapi aku asyik menolaknya dengan cara baik.
“
Ya. I’m having break now. But i’m so sorry i can’t join you.I’ve got to go.Maybe next time ok?”
Kemudian aku terus melangkah pergi meninggalkan dia tercegat di tempat
locker
itu. Aku hairan bila masa pulak dia pernah dengar nama tu. Hmm..entahlah. Hai..mana pulak Joanna ni pergi. Orang nak minta dia tolong postkan surat ni. Hish leceh betullah budak ni. Huh tu pun dia. Aku ternampak Joanna sedang bermesra-mesraan dengan seorang jejaka yang agak tua daripadanya di bangku yang terletak di tengah-tengah taman itu. Hai diaorang ni tak ada perasaan malu ke? Apabila aku sampai di hadapan mereka, aku terus menarik lengan Joanna lalu memberinya surat itu.
“
Make sure you post it ok! A new guy i suppose
?” aku mengugutnya sambil menyindir apabila melihat lelaki itu hanya memerhatikanku dan Joanna dari jauh.Joanna hanya tersengih kerana dia tidak menyangka yang kawannya itu boleh berada disini.
Sesampai aku di rumah, tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang tidak kena. Aku terus memanjat anak tangga menuju ke kamar bilikku. Tiba-tiba seorang doktor peribadi ayah keluar dari kamar ayahku. Hatiku berdetik ingin tahu apa yang telah berlaku terhadap ayahku. Aku terus berlari mendapatkan doktor Smith.
“Doc, what had happened to my father?”
aku merayu kepadanya untuk memberitahuku.
“
I’m sorry my dear. I can’t tell you in the mean time. And please he need some rest. So please don’t disturb him. I’m sure he will be okay after that.”
Doktor Smith sempat berpesan kepadaku lalu beredar dari situ. Aku hanya berdiri di situ. Kakiku bagaikan terpacak disitu tidak dapat bergerak. Kenapa mesti berahsia? Ya Allah, Kau selamatkan ayahku. Kau sembuhkanlah penyakitnya.Amin.
XXXXX
BACK TO TOP
● OTHERS ●
● LINKS & AFFILIATES ●
♥ So Yesterday
January 2006
February 2006
March 2006
Bikash Nur Idris
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Damya Hanna
Lily Suriani
Mimie Afinie
Nia Azalea
Sri Diah
DSM2
Harapan Nadia Adrina
● CREDITS ●
Powered by
Little-Miss-Wendy
PROFILE
ENTRY
MISC
LINKS